Khamis, 25 Ogos 2011

Khamis,sehari sebelum cuti

Hari ni murid 5 orang dan termasuk Jaz adalah 6 orang. Sorang lagi dari Isnin tak menunjuk muka. Menurut rakan-rakannya,si karai (nama kampung) dah balik kampung maknya untuk menolong menanam padi huma. Rasa marah juga namun apa nak buat,dah anaknya di bawa balik kampung. Memang keadaan seperti ini sering berlaku. Dua tahun lepas,sorang murid saya selalu tak hadir kerana menjaga adik sementara ibunya ke huma untuk menanam padi. Bayangkan murid prasekolah yang baru berumur 6 tahun itu boleh di harap menjaga adiknya yang berumur 2 tahun di rumah. Mak dia boleh percaya anaknya itu untuk mengurus keperluan adiknya yang berumur 2 tahun. Mula-mula posting ke sekolah ini saya memang terkejut apabila murid tahun 1 memberitahu mereka pandai masak nasi. Bayangkan,masak nasi menggunakan dapur kayu,dapur minyak atau dapur gas bukan periuk elektrik. Ibu-ibu mereka mempercayai anak-anak mereka untuk memasak apabila mereka tiada di rumah. Hebat bukan?

Ahad, 31 Julai 2011

Sejarah prasekolah SK Tema

Prasekolah ini diwujudkan pada awal tahun 2007 dan merupakan salah sebuah kelas perluasan kelas prasekolah di Zon Serian. Kelas ini menggunakan 2 buah rumah guru sebagai kelas dan dapur. Mula-mula diwujudkan kelas ini cuma mempunyai kerusi dan meja ehsan dari SK Kujang Mawang.  Perkakasan lain di ambil dari bangunan kelas perdana. Peralatan dapur pula cuma dapur dan tong gas sahaja manakala perkakas memasak yang lain dipinjam dari RMT. Kebanyakan peralatan adalah sumbangan guru dan PPM. Bermulalah kelas ini pada tahun 2007 bersama dengan 10 orang murid yang kesemuanya adalah perempuan. Saya pula merupakan guru arus perdana yang terpaksa terjun menjadi guru prasekolah,satu jawatan yang tidak pernah saya fikirkan dahulu. PPM saya pula Puan Anna Jerin,berasal dari Bau dan menetap di Kuching juga merupakan PPM ambilan baru yang tiada pengalaman bersama prasekolah. Bersama-sama beliau,saya merangkak dan bekerjasama,belajar serta cuba memahami  pentadbiran dan pengurusan kelas prasekolah SK Tema ini.
Biarpun masih baru dan tanpa pengalaman serta dibantu oleh Guru Besar serta guru-guru lain yang tidak lokek ilmu dan tenaga, prasekolah SK Tema terus maju dan berkembang dari tahun ke tahun. Sedikit demi sedikit berserta dengan kursus dan bimbingan berterusan dari PPD Serian, saya dan ppm saya mula menguasai ilmu pengurusan dan pentadbiran prasekolah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah membantu kami selama ini. Semoga prasekolah SK Tema terus maju dan gemilang.

Isnin, 25 Julai 2011

Murid Prasekolah

Hari ni.murid 6 orang jer,bila sorang tak hadir,tinggal lagi 5..alahai,memang ramai yang dengki dengan bilangan yang sikit,namun cabarannya yang sikit ni kadang-kadang membosankan kerana terlampau sedikit. Jumlah yang idea bagi saya ialah dalam lingkungan 15 orang,tak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit. Sedikit sangat macam sekarang memanglah senang diajar namun ada juga yang masih lagi tegar walaupun pelbagai cara telah digunakan. Mudah sahaja bagi orang menyalahkan saya sekiranya murid 6 orang itu ada lagi yang tidak pandai membaca. Cuba ganti tempat saya dan ajar budak yang tegar tu barang seminggu dan kemudian bagi komen anda. Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul. Kita kena memahami tahap penguasaan kanak2 itu. Janganlah mudah membuat kesimpulan bahawa semua murid adalah sama. Saya memang mahu semua murid saya pandai namun setiap sesuatu ada batasnya dan sekiranya itu sahaja yang mampu dia terima semasa di prasekolah maka saya amat berharap agar guru-guru yang mengajarnya di tahun 1 dan seterusnya dapat membantu murid itu lagi sehingga dia mampu bersaing dengan murid lain arus perdana.

Jumaat, 22 Julai 2011

Prasekolah SK Tema

Semoga blog ini dapat menyumbang sesuatu untuk prasekolah di seluruh Malaysia.